18 December 2010

Kesedaran Memiliki dan menyimpan emas

Saya berdoa semoga pembaca sekalian berada dalam keadaan yang sihat sentiasa. Tulisan saya kali ini ingin mengulas mengenai Kelebihan menjadikan emas sebagai medium pelaburan. Medium pelaburan masa kini berkembang pesat melihatkan pelbagai skim pelaburan diperkenalkan samada dilindungi kerajaan mahupun yang berisiko tinggi.
Terdapat pelbagai konsep pelaburan moden yang diperkenalkan seperti Unit Amanah, Hartanah, share dan banyak lagi. Tidak dinafikan pelaburan moden memang menguntungkan dan ada juga yang rugi akibat penipuan pihak tidak bertanggungjawab. Jadi berhati - hatilah..mari kita buat kajian sikit..
Rajah 1 : Senarai unit amanah terbaik Malaysia 2008
Bagaimanapun saya ingin menarik perhatian tuan puan terhadap pelaburan emas fizikal yang dianggap kuno oleh sesetengah pihak. Laman web www.kitco.com memaparkan secara terperinci mengenai pergerakan harga emas semasa di dunia. Apa yang saya amati ianya amat mengejutkan.
Rajah 2: Graf Harga Emas Setahun (Apr 09 - Apr 10)
Graf pergerakan harga emas untuk 1 tahun sahaja telah membuktikan bahawa pelaburan kuno ini memberikan pulangan yg lebih hebat berbanding pelaburan lain. Pada April 2010, hampir 30% keuntungan diperolehi oleh pembeli emas yang mula memiliki emas pada April 2009. Kerajaan umum 8% setahun keuntungan ASB rakyat dah melompat gembira, pemilik & penyimpan emas pastinya bukan lagi melompat tapi terbang ke langit dek keuntungan menyimpan emas.
Rajah 3: Graf Harga Emas 5 Tahun (Apr 05-Apr 10)
Melihat sejarah 5 tahun terdahulu pergerakan harga emas dunia di kitco lebih memeranjatkan.
Penyimpan emas pada April 2005 mendapat pulangan keuntungan sejumlah 187 %.. pada April 2010. MasyaAllah, hebat manfaat yang Allah kurnia pada logam bernama emas ni. kalau simpan ASB 5 tahun, anggap setahun pulangan 8% baru dapat 40% keuntungan.
Melihat keadaan sebegini saya termenung berfikir " Mungkin inilah sebab Allah tetapkan Zakat bagi penyimpan Emas & Perak" maka tergerak saya untuk membantu memberi kesedaran kepada tuan puan mengenai kehebatan yang dikurnia Allah kepada logam emas. Ayuh kita berazam memiliki emas untuk menyelamatkan kita dari masalah kewangan, inflasi & krisis ekonomi yang sedang melanda dunia.. Moga Allah beri manfaat..
Jom Sedar Emas

No comments:

Post a Comment