18 December 2010

Kesedaran Memiliki dan menyimpan emas

Saya berdoa semoga pembaca sekalian berada dalam keadaan yang sihat sentiasa. Tulisan saya kali ini ingin mengulas mengenai Kelebihan menjadikan emas sebagai medium pelaburan. Medium pelaburan masa kini berkembang pesat melihatkan pelbagai skim pelaburan diperkenalkan samada dilindungi kerajaan mahupun yang berisiko tinggi.
Terdapat pelbagai konsep pelaburan moden yang diperkenalkan seperti Unit Amanah, Hartanah, share dan banyak lagi. Tidak dinafikan pelaburan moden memang menguntungkan dan ada juga yang rugi akibat penipuan pihak tidak bertanggungjawab. Jadi berhati - hatilah..mari kita buat kajian sikit..
Rajah 1 : Senarai unit amanah terbaik Malaysia 2008
Bagaimanapun saya ingin menarik perhatian tuan puan terhadap pelaburan emas fizikal yang dianggap kuno oleh sesetengah pihak. Laman web www.kitco.com memaparkan secara terperinci mengenai pergerakan harga emas semasa di dunia. Apa yang saya amati ianya amat mengejutkan.
Rajah 2: Graf Harga Emas Setahun (Apr 09 - Apr 10)
Graf pergerakan harga emas untuk 1 tahun sahaja telah membuktikan bahawa pelaburan kuno ini memberikan pulangan yg lebih hebat berbanding pelaburan lain. Pada April 2010, hampir 30% keuntungan diperolehi oleh pembeli emas yang mula memiliki emas pada April 2009. Kerajaan umum 8% setahun keuntungan ASB rakyat dah melompat gembira, pemilik & penyimpan emas pastinya bukan lagi melompat tapi terbang ke langit dek keuntungan menyimpan emas.
Rajah 3: Graf Harga Emas 5 Tahun (Apr 05-Apr 10)
Melihat sejarah 5 tahun terdahulu pergerakan harga emas dunia di kitco lebih memeranjatkan.
Penyimpan emas pada April 2005 mendapat pulangan keuntungan sejumlah 187 %.. pada April 2010. MasyaAllah, hebat manfaat yang Allah kurnia pada logam bernama emas ni. kalau simpan ASB 5 tahun, anggap setahun pulangan 8% baru dapat 40% keuntungan.
Melihat keadaan sebegini saya termenung berfikir " Mungkin inilah sebab Allah tetapkan Zakat bagi penyimpan Emas & Perak" maka tergerak saya untuk membantu memberi kesedaran kepada tuan puan mengenai kehebatan yang dikurnia Allah kepada logam emas. Ayuh kita berazam memiliki emas untuk menyelamatkan kita dari masalah kewangan, inflasi & krisis ekonomi yang sedang melanda dunia.. Moga Allah beri manfaat..
Jom Sedar Emas

12 December 2010

Adakah emas boleh dijadikan simpanan atau pelaburan?

Sejak akhir-akhir ini ramai yang berlumba-lumba membeli emas fizikal? Kenapa ye? jawapannya kerana mereka sedar tentang kepentingan menyimpan emas.

Namun terdapat 2 jenis penggemar emas.
Ada yang menganggapnya sebagai pelaburan, ada yang mengganggapnya sebagai simpanan.

Sekiranya anda mempunyai emas anda telah mempunyai satu sumber simpanan yang kukuh disamping anda mempunyai pelaburan yang terjamin dimasa hadapan.ini disebabkan harga emas meningkat pada peratusan yang agak tinggi iaitu secara puratanya 27% setahun.

Antara faktor kenaikan harga emas dunia ialah terbongkarnya konspirasi penekanan terhadap harga emas oleh pihak tertentu. Pihak Bank Persekutuan Amerika dikatakan menyembunyikan fakta sebenar berapa banyak emas yang disimpan, tetapi 'meminjamkan' emas kepada pasaran emas supaya wujud bekalan berlebihan. Ini digunakan untuk mengekalkan nilai dollar pada paras yang tinggi walaupun mereka mengeluarkan dollar pada kadar yang tinggi.Dollar yang tinggi membolehkan mereka membeli komoditi import daripada negara lain dengan menggunakan kertas sahaja.

Berbalik kepada persoalan simpanan atau pelaburan. Cuba kita kaji dan tanya pada emak atau nenek kita yang ada barang kemas tanya pada mereka harga yang dibeli dahulu mesti mereka akan cakap emas dulu murah..sekarang dah mahal..nah disinilah jawapannya sebenarnya secara tidak langsung mereka telah melabur dan menyimpan wang dalam perhiasan yang mereka gunakan.

Mari kita kaji sedikit sebanyak tentang wang kertas. Secara umumnya semua orang faham bahawa apabila wang kertas dicetak, nilainya akan turun. Nilai RM 50 dahulu tak sama dengan RM50 sekarang.

Namun satu perkara yang perlu difahami ialah penurunan nilai wang kertas tidak berlaku sejurus sahaja dicetak.

Pada tahun 1982, keseluruhan wang Ringgit yang di dalam kitaran dan dideposit hanyalah 12.47 bilion.
Pada laporan BNM yang terkini nilai itu meningkat kepada lebih 200 bilion.

Jika kita bandingkan, bilangan wang ringgit telah bertambah 16 kali ganda atau 1600%.

Namun harga barang tidak meningkat 16 kali ganda.

Belum lagi.

Secara kasar, berdasarkan pemahaman ringgit, jika wang dicetak lebih, nilainya turun.
Namun apa yang berlaku ialah nilai lambat turun, tetapi tetap akan turun.

Pada kehidupan harian, nilai yang ada pada ringgit itu merosot setiap tahun, pada kadar yang sedikit.
"inflasi 3% , apa kisah"

Namun inflasi sebenar adalah kadar yang lebih tinggi.
Sistem kawalan harga yang membuatkan ianya kelihatan rendah.

Satu hari nanti ia akan membuak jua. Tanda tanda awal ialah "tidak mampu tanggung subsidi".
Pengsubsidian adalah kaedah menyembunyikan inflasi sebenar.

Fungsi emas adalah menyimpan nilai sebenar.

Andai kata 20 gram emas mampu untuk menghantar anak ke universiti.
Maka kalau ada krisis kewangan bagaimana pun, 20 gram emas itu masih mampu untuk menghantar anak ke universiti, walaupun ketika itu 20 gram emas harganya RM 10,000.


Menurut teori ahli kewangan yang tersohor, supaya menyediakan rizab kewangan beberapa bulan gaji.
Maka rizab itu perlu disediakan juga dalam bentuk emas.

Memang kalau boleh tidak mahu ringgit itu runtuh, namun ianya bukanlah sesuatu yang mustahil untuk berlaku.

Ketika British memerintah tanah melayu, matawang kertas Straits Dollar digunakan, namun apabila Jepun memerintah Kertas itu tidak lagi laku. Kemudian British datang balik, wang kertas jepun pula tidak laku.

Apa terjadi kalau hasil titik peluh disimpan dalam bentuk wang kertas, lenyap sekelip mata?

Maka, menyimpan emas, adalah menyimpan hasil titik peluh, supaya nilainya tidak merosot akibat membuakan inflasi atau krisis kewangan jadi tukarlah duit lebihan atau simpanan gaji anda kepada emas agar simpanan anda akan sentiasa stabil walaupun 10 tahun akan datang dan semakin lama anda simpan emas semakin tinggi nilai wang yang anda laburkan.

Kesimpulannya bila ade wang belilah emas...

18 November 2010

Mengapa anda perlu membuat pelaburan dengan emas?


Untuk pengetahuan anda, emas merupakan simpanan/pelaburan yang amat baik untuk jangkamasa sederhana dan panjang.
Ini kerana nilai emas sentiasa meningkat dalam jangkamasa panjang.
Saya ambil contoh syiling Kijang Emas:

Harga untuk 1 Oz (31.10 gram) syiling Kijang Emas pada 18 Julai 2001 ialah RM1082.00 dan pada 17 Jun 2008 – harganya ialah RM3048.00 !!!
Ini adalah kenaikan harga sebanyak 181.70% dalam masa 7 tahun atau purata kenaikan 25.95% setahun!!


Harga Emas dunia 10 tahun
Dalam konteks harga emas pasaran dunia, mari lihat carta ini:

Pada Jun 1998, harga emas adalah 300 USD per Oz (RM30.86/gram)
Pada Jun 2008, harga emas mencecah 890 USD per Oz (RM91.50/gram)
Ini adalah kenaikan 284% dalam 10 tahun bersamaan 28.4% setahun!
Ini jelas membuktikan bahawa pelaburan di dalam emas sangat stabil, hebat dan memberikan pulangan yang tinggi (sekitar 25 – 28% setahun)

Sumber : http://jutawanemas.com

15 November 2010

Prof Dr Umar Ibrahim Vadillo, Pengarah Bahagian Public Fine Gold





















Siapakah beliau?

Umar Ibrahim Vadillo merupakan individu yang melihat penggunaan dinar emas sebagai jalan penyelesaian kepada krisis ekonomi dunia. Beliau telah berusaha keras untuk mencipta iklim ekonomi yang bersandarkan dinar emas yang sepatutnya menjadi mata wang umat Islam. Malah, beliau juga yang telah melobi Tun Mahathir selepas negara di landa krisis mata wang pada tahun 1997 untuk bertukar kepada penggunaan dinar emas. Hujahnya, mata wang dinar emas bukan sahaja mampu dijadikan sebagai kaedah utama pembayaran berikutan terdapat lebih daripada satu bilion umat Islam di dunia ini malah kedudukan ekonomi sesebuah negara akan lebih terjamin kerana dinar emas merupakan komoditi yang mempunyai harga yang stabil.

Pada tanggal 18 Ogos 1991, beliau dengan lantang telah mengeluarkan fatwa bahawa wang kertas adalah haram. Fatwa berkenaan merumuskan bahawa wang kertas adalah satu bentuk hutang (janji yang dibayar oleh pihak yang mengeluarkannya) dan oleh itu tidak boleh digunakan sebagai alat pembayaran. Ini bertepatan dengan takrifan daripada Imam Malik r.a. yang mentakrifkan wang sebagai “sebarang komodititi yang diterima umum digunakan sebagai alat pertukaran”. Oleh yang demikian, manusia mempunyai kebebasan untuk memilih sebarang komoditi yang bernilai sebagai mata wang dan bukan mata wang yang dipaksa nilai ke atasnya.

Menyelusuri sejarah, dinar emas telah menjadi piawai bagi mata wang dunia, selama beribu-ribu tahun, sehinggalah ia diganti kepada wang kertas dolar hanya pada awal tahun 1970-an.

Dinar berasal dari perkataan bahasa Latin Denarius iaitu matawang yang digunakan oleh Kerajaan Rom yang diperbuat dari logam perak. Ianya digunakan pada tahun 211 sebelum masihi di mana 1 denarius perak beratnya kira - kira 4.5 gram.

Dari perkataan Denarius ini, wujudlah pelbagai matawang yang lain seperti Denier (mata wang perak Perancis), Denaro (mata wang perak Itali), Dinar (mata wang emas Islam), Dinero (mata wang perak Sepanyol) dan Dinheiro (mata wang perak Portugis).

Pada penghujung zaman Republik Roman, mata wang Denarius dari logam emas mula digunakan dengan dikenali sebagai Denarius Aureus yang bermaksud Denarius Emas. Semenjak dari itu, perkembangan mata wang emas telah berubah mengikut peredaran zaman di mana semasa pemerintahan Constantine The Great (306 – 377 Tahun Masihi) mata wang emas lama telah ditukar dengan mata wang yang lebih ringan yang dikenali sebagai Solidus yang beratnya 4.5 gram.

Mata wang emas Solidus ini telah digunakan sehingga berakhirnya zaman Empayar Byzantium dan telah tersebar penggunaannya ke seluruh Semenanjung Tanah Arab sehinggalah ke zaman awal Islam. Dari zaman bermula berkembangnya agama Islam, penggunaan mata wang dinar emas dan dirham perak dari Parsi telah digunakan menjadi mata wang bagi setiap ummah ketika itu dalam urusan jual beli.

Hanya pada zaman pemerintahan Khalifah yang ke-3 iaitu Khalifah Saiyidina Ummar al-Khattab (13 – 23 hijrah / 633 – 644 masihi), penggunaan mata wang dinar dan dirham mula dikawal dari segi corak dan berat. Di bawah pemerintahan Khalifah Ummar, corak mata wang Islam telah diukir dengan nama Allah s.w.t. dan sebahagian dari ayat-ayat suci al-Quran. Berat mata wang Islam ini juga telah ditetapkan iaitu mata wang dinar mestilah mengandungi emas seberat 1 mithqal (iaitu seberat 4.25 gram ukuran pada masa kini). Manakala bagi mata wang dirham pula, beratnya adalah sebanyak 2.975 gram perak (ukuran pada masa kini) di mana jika nilai tukarannya dengan dinar ialah 7 dinar emas bersamaan dengan 10 dirham perak.

Kepentingan dinar emas jelas dicatat dalam buku Ibn Khaldun yang bertajuk “al-Muqaddimah.” Di dalam buku tersebut, mencatatkan akan wahyu Allah s.w.t. memasukkan dinar serta dirham dan ini telah membawa bersamanya banyak kaitan dalam hukum seperti zakat, perkahwinan dan hudud. Sebab itu di dalam wahyu Allah s.w.t. dengan jelas telah menyatakan akan ukuran yang tetap mengenai zakat dan sebagainya dengan menggunakan dinar dan dirham tidak dengan yang lain.

Islam mementingkan keredaan Allah s.w.t. dalam setiap pelakuan dan pekerjaan yang dilakukan kerana keredaan Allah s.w.t. akan memberikan kesejahteraan kepada kehidupan dunia dan akhirat. Idea mengembalikan dinar emas bukan suatu perkara kecil kerana ia secara langsung atau tidak, turut melibatkan soal sistem sosial, ekonomi, politik, dan, keberkatan dari-Nya.

Malah, kelemahan umat Islam sedunia mula ketara apabila berakhirnya penggunaan dinar emas. Menurut sejarah, pemerintahan Islam di bawah Khalifah Uthmaniyah di Istanbul, Turki telah dihelah dengan kemajuan dan pembangunan. Pinjaman wang kertas daripada Eropah untuk membangunkan Turki telah menjadikan negara tersebut berhutang dan melalui sistem wang kertas bersama riba telah melemahkan pemerintahan Khalifah.

Riba sangat dibenci Allah s.w.t dan Rasulullah s.a.w. Ini diterangkan dalam al-Quran yang bermaksud: “Maka jika kamu tidak mengerjakan (meninggalkan sisa riba) maka ketahuilah bahawa Allah dan Rasul-Nya akan memerangi kamu. Dan jika kamu bertaubat (dari pengambilan riba), maka bagimu pokok hartamu, kamu tidak menganiaya dan tidak (pula) dianiaya,” (al Baqarah:279).

Memang tidak dapat dinafikan, sistem wang dunia berasaskan wang kertas dan berlandaskan riba ini telah telah membawa kepada banyak kerosakan seperti kemiskinan, kerosakan alam sekitar, monopoli pengeluaran dan pengedaran. Sistem ini juga menimbulkan berbagai masalah seperti pengangguran, jenayah, maksiat dan kejatuhan moral. Sistem ini yang dikendalikan oleh institusi perbankan, sistem demokrasi dan ahli politik yang tidak bertanggungjawab telah memberi sumbangan kepada kesengsaraan masyarakat dunia.

Ibnu Abbas r.a. dari Ishaq Ibn Basheer dan Ibn Asakir di Kanz al-Ummal mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda, yang bermaksud: “Orang yang pertama mengikuti Dajjal adalah 70,000 orang Yahudi...dan antara tanda pelepasan Dajjal adalah amalan riba.”

Kini, dinar emas telah kembali dan ramai umat Islam dan bukan Islam dari seluruh dunia menyeru supaya dinar emas ini dikembalikan. Ditengah-tengah kekalutan ekonomi yang melanda kini, kilauan dinar emas dilihat dapat mengembalikan sistem kewangan yang lebih munasabah dan mantap. Ramai yang telah sedar akan tipu helah sistem kewangan yang ada dan masyarakat dunia sudah mula meminta supaya mengembalikan kebebasan untuk memilih. Sekiranya demokrasi dilaungkan di seluruh dunia supaya diamalkan dalam semua perkara, mengapa tidak kebebasan diberikan untuk memilih dinar sebagai wang?

Mengapa perlu simpan Dinar dan Emas?
















Mengapa kita perlu simpan Dinar dan Emas ?

1.
Dinar merupakan wang sunnah
2. Ia mempunyai nilai yang tersendiri (intrinsic value)
3. Nilainya diterima tidak kira di mana (accepted worldwide)
4. Nilainya seiring dengan harga barangan (value increase)
5. Perlindungan dari inflasi (hedge against inflation)

09 November 2010

Simpan Dinar Turunkan Kos Haji dan Umrah...Bagaimana?


Ya memang benar. Disebabkan kesan daripada nilai emas di pasaran dunia semakin naik dari tahun ke tahun, maka begitu juga nilai dinar turut akan naik. Marilah kita lihat trend harga emas dalam masa 10 tahun.




Bahkan, prestasi harga emas untuk 10 tahun naik sehingga 398% dan purata 25% – 37% setahun. Berikut contoh prestasi harga untuk 2009 cecah 37%:

Harga Emas 2 Januari 2009 = USD 869.75 /Oz

Harga Emas 1 Disember 2009 = USD1193.50 /Oz

Sumber : http://www.lbma.org.uk/ (klik sini)


Cuba lihat jadual perbandingan harga dinar dari PublicDinar dibawah:




Kemudian, mari kita tengok sedikit kajian yang dilakukan oleh Ust Rafidi Hashim (dinar2dirham.com) bagaimana kos haji akan turun jika dinilai dengan Dinar Emas:















(sumber: http://www.dinar2dirham.com/)



Rujuk graf di atas tahun 2002, kos Haji adalah setara dengan 63 dinar. Manakala, pada tahun 2009 kos Haji hanya setara 21 dinar jika dibandingkan dalam RM. Wah! hebat betul sebanyak 66% kos Haji dapat dikurangkan. Tidak mustahil jika 21 dinar sekarang (2010) jika disimpan selama 5 atau 6 tahun akan datang sudah cukup untuk membiaya 2 orang bakal haji.

Kepada sesiapa merancang untuk menunaikan umrah atau haji dalam masa 5 tahun dari sekarang. Nah! simpanlah dinar Emas sekurang-kurangnya 3,4 keping setahun.

Berminat? Hubungi saya untuk keterangan lanjut. (hp: 0199558104).

INGAT DINAR INGAT PELABUR DINAR......................

07 November 2010

Ape itu Dinar&Dirham?

What are the Dinar & Dirham?

The Islamic Dinar is a specific weight of 22k gold equivalent to 4.25 grams.
The Islamic Dirham is a specific weight of pure silver equivalent to 2.975 grams.

According to Islamic Law...

The Islamic Dinar is a specific weight of 22k gold (917.) equivalent to 4.25 grams.

The Islamic Dirham is a specific weight of pure silver equivalent to 3.0 grams.

Umar Ibn al-Khattab established the known standard relationship between them based on their weights: "7 dinars must be equivalent to 10 dirhams."

"The Revelation undertook to mention them and attached many judgements to them, for example zakat, marriage, and hudud, etc., therefore within the Revelation they have to have a reality and specific measure for assessment [of zakat, etc.] upon which its judgements may be based rather than on the non-shari'i [other coins].

Know that there is consensus [ijma] since the beginning of Islam and the age of the Companions and the Followers that the dirham of the shari'ah is that of which ten weigh seven mithqals [weight of the dinar] of gold. . . The weight of a mithqal of gold is seventy-two grains of barley, so that the dirham which is seven-tenths of it is fifty and two-fifths grains. All these measurements are firmly established by consensus." Ibn Khaldun, Al-Muqaddimah
How are the Islamic dinar used?

1.- The Islamic Dinar can be used to save because they are wealth in themselves.
2.- They are used to pay zakat and dowry as they are requisite within Islamic Law.
3.- They are used to buy and sell since they are a legitimate medium of exchange.

06 November 2010
















Gold bar 100g
















Koleksi emas 999.9 20 gram