21 April 2011

Mengapa kita perlu membeli dinar?

Alhamdulillah..Harga Emas semakin memberangsangkan..kepada yang mengikuti perkembangan harga emas sahaja yang dapat merasa nikmat Allah ini...jom bicara sikit tentang dinar..
Dinar dan dirham merupakan matawang yang mempunyai nilai yang stabil dan dapat diterima pakai tidak kira di mana sahaja kita berada, mari kita buat kajian sedikit mengenai matawang dinar ini,  harga 1 dinar pada bulan  jun 2010 sekitar RM570.00 sahaja tetapi hari ini April 2011 harga 1 dinar telah mencecah RM670.00 nilainya telah meningkat sebanyak RM100.00. sekiranya kita menyimpan wang sebanyak RM570.00 pada Jun 2010 adakah ianya akan naik menjadi RM670.00 pada hari ini tentunya saya katakan tidak...anda pula..? malahan ianya semakin susut nilainya...mengapa?saban hari kita sering mendengar keluhan tentang kenaikan harga barang, sekiranya ini terus berlaku apa akan terjadi sekiranya kita mempunyai wang simpanan? sudah tentu wang yang disimpan akan semakin susut nilainya, apa kata kita tukarkan wang simpanan dengan dinar..insyAllah nilai wang simpanan kita akan sentiasa meningkat disebabkan oleh nilai wang fiat telah turun....