06 May 2011

PRODUK BARU......1 DINAR ENK.......
   Dinar ENK berada dipasaran....!!!!!


 Muka depan syiling emas ini adalah gambar pedang Rasullulah S.A.W
Berat 4.25g dan mempunyai ketulenan 22karat atau dikenali emas 916.
Jom tempahlah sekarang!!!!
Hubungi warga ENK utk tempahan Dinar ENK..
"Future Islamic Money"

05 May 2011

Apa kaitan inflasi dengan Dinar ?

Apa itu inflasi? menurut Wikipedia secara definisinyer inflasi membawa pengertian :
Inflasi bermaksud peningkatan yang berterusan dalam tingkat harga umum barangan dan perkhidmatan. Ia juga boleh merujuk kepada peningkatan harga untuk barangan atau perkhidmatan tertentu seperti kenaikan harga makanan tanpa kenaikan gaji. Kejatuhan nilai mata wang juga boleh dianggap sebagai inflasi. Oleh kerana terdapat pelbagai barangan dan perkhidmatan dalam satu masa, tingkat harga umum ini diukur dengan menggunakan indeks harga pengguna. Dengan kata lain, kadar inflasi diukur dengan perubahan dalam indeks harga pengguna (Consumer Price Index)






APAKAH PUNCA INFLASI? 
1. Inflasi Tarikan Permintaan
Berlaku apabila bekalan barangan dan perkhidmatan fidak mencukupi untuk memenuhi permintaan. la berpunca daripada pertambahan permintaan acara tiba-tiba dalam jangkamasa pendek. Pengeluar kesuntukan masa untuk menambah pengeluaran bagi memenuhi permintaan. Peniaga pula mengambil kesempatan untuk memperolehi keuntungan yang lebih. 
2. Inflasi Tolakan Kos
Berlaku apadla kos pengeluaran meningkat. Pengeluar akan memindahkan kos yang ditanggungnya kepada pengguna dengan menaikkan harga barangan atau perkhidmatan untuk mengekalkan keuntungan. 
3. Inflasi Bekalan Wang
Berlaku apabila bekalan wang meningkat melebihi bekalan barangan atau perkhidmatan dalam pasaran. Inflasi ini iasanya berlaku semasa peperangan. Wang yang banyak dicetak untuk membiayai perbelanjaan peperangan. Wang yang akhirnya menyebabkan inflasi. Oleh itu adalah penting untuk mempastikan peningkatan bekalan wang pada tahap tertentu bersesuaian dengan barangan don perkhidmatan yang ada di pasaran setiap masa. 
4. Inflasi Pentadbiran Harga
Berlaku apabila hanya terdapat sebuah syarikat (monopoli) atau sebilangan kecil syarikat (oligopoll) yang membekalkan barangan atau perkhidmatan, pengeluar biasanya mempunyai kuasa untuk menentukan harga. Jika pengeluar menggunakan kuasa itu, harga akan meningkat. Pengguna tidak mempunyai pilihan dan terpaksa membeli pada paras harga yang ditentukan oleh pengeluar atau pembekal. Pengeluar atau pembekal berkemungkinan akan menaikkan harga barangan atau perkhidmatan untuk menikmati keuntungan yang lebih besar sama ada kos meningkat atau tidak. Harga sedemikian dipanggil harga pentadbiran, 
5. Inflasi Yang Diimport
Faktor-faktor luar negara juga boleh menyebabkon inflasi. Apabila kos bahanbahan mentah, barang siap atau perkhidmatan yang dilmport dari luar negara meningkat, ia akan menyebabkan harga barangan dan perkhidmatan di pasaran tempatan meningkat tanpa mudah disedarl. Kenaikan harga barangan import boleh berlaku secara langsung iaitu inflasi yang berlaku di negara pengeksport atau ticlak langsung melalui perubahan kadar pertukaran wang asing yang memlhak kepada negara pengeksport. 



INFLASI

Inflasi adalah aturan ekonomi negara yang tidak mampu kita kawal. Dan, kerana ia sukar dikawal, ini bermakna setiap satu ringgit yang kita terima hari ini mungkin sudah tidak bernilai lagi untuk membeli barang yang sama pada tahun depan, apatah lagi sepuluh tahun akan datang.

Seorang kawan yang juga dalam bidang penerbitan memberitahu harga nasi beriani sebuah restoran yang berhampiran dengan kawasan rumahnya. Menurutnya, tiga tahun lepas harga sepinggan ialah RM5.00, kemudian ia naik menjadi RM5.20. Selang beberapa bulan, duit RM5.20 sudah tidak mencukupi untuk membeli sepinggan nasi beriani yang sama kerana harganya sudah menjadi RM5.50. Baru-baru ini, harganya sudah menjadi RM5.80. Nasi yang sama dengan lauk yang sama tetapi harga sudah meningkat lebih 10 peratus. Ini baru menggunakan contoh makanan, belum lagi pakaian, petrol dan beberapa keperluan lain.

Risiko kejatuhan nilai ringgit dan kenaikan kadar inflasi sukar dijangka. Walaupun kerajaan memberi jaminan akan mengawal selia nilai ringgit berbanding dolar, tetapi adakah kita pasti, pendapatan yang kita perolehi hari ini mempunyai nilai yang sama apabila kita berusia 55 tahun kelak? Sejarah membuktikan jawapannya adalah tidak. 

Oleh itu, anda patut menggandakan pendapatan yang sedia ada melalui pelaburan yang sesuai dengan diri anda (lagi bagus jika anda menggunakan ketiga-tiga jenis pelaburan!). Nak jadi kaya kena usahakan pekerjaan alternatif. 
Kalau setakat bergantung harap pada kerja makan gaji, tak mungkin anda boleh jadi kaya. Kalau ada orang kata kerja makan gaji boleh jadi kaya, rasanya berebut orang hendakkan pekerjaan tersebut!


JADI MULAKANLAH LANGKAH KEARAH MENGATASI INFLASI, MULA LAH MELABUR DARIPADA SEKARANG.. BIARPUN SEDIKIT NAMUN JIKA DILAKSANAKAN SECARA BERTERUSAN, INSYA ALLAH IANYA AKAN BERJAYA..